Saturday, 11 July 2015

16 weeks.

Alaaa sorryla asik update pasal pregnancy je. Nak update resepi dah lama tak masak haha. Nak update cuti cuti dulu dulu takde mood lagi huhu. Maafkanlah hamba 😂

Petang tadi husband balik dari kerja terus scan baby kat klinik. Baby tengah menunduk doctor kata baby cari apa la agaknya tu haha. Dah nampak heartbeat alhamdulillah terharu sangat. Cuma baby gerak slow tak macam scan last month. Maybe lapar kot mommy tak makan haha.




Korang semua mesti dah settle shopping baju raya kan. Huwaa I takde baju raya lagi ni sebab kelam kabut nak pindah rumah dengan husband busy recording band dia. Urggghh stress 😑. Dahla baju banyak dah tak muat. Byebye zaman pinggang ramping haha.

By hook or by crook i need to get a baju raya kalau tak aku emo sampai raya tahun depan haha 😂

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, 2 July 2015

15 weeks.

Alhamdulillah, hari ni dah 15 weeks. Baby bump dah makin nampak. Malam tadi macam ada rasa gerak-gerak kat perut. Haha seronok pulak rasa. Tapi kawan-kawan kat group cakap maybe jugak baby tersedu. Sebab 1st time pregnant kan so tak sure tu baby bergerak ke apa.

Baby dah size avocado :')

Masuk 2nd trimester je I dah start rasa sakit kepala. All the time ok :(

Semoga cepatlah habis fasa sakit kepala ni. Puasa pun skip skip sebab bila berbuka mesti muntah. Muntah, loya rasanya boleh tahan lagi. Yang tak tahan tu sakit kepala berdenyut-denyut. Sampai nak buat kerja satu apa pun tak boleh. Minyak cap kapak memang jadi bestfriend la sekarang.

Oh minggu ni minggu last I menyewa kat rumah yang dah 3 tahun I duduk lepas kahwin. Sedihnya tapi apa nak buat owner nak naikkan sewa berdouble-double. Dalam keadaan ekonomi sekarang tak dapatla nak bayar sewa yang sama harga macam bayar harga rumah sendiri. Tak habis packing lagi sebab I tak sihat :((. 

Ada orang alahan 1s trimester kan. I 1st trimester rileks je lagi sebab husband yang kene morning sickness. Ingat selamatlah sekali 2nd trimester terjebak jugak huhu. Takpelah nak dapat anak susah kan so kene kuat sikit Cha :)